Hari ini aku bangun bagi tepat pukul 6:00 pagi. Lepas aku bangun sahaja, aku terus mensiapkan diri aku untuk solat berjemaah bersama keluarga ku. Eh? keluarga ku? Tidak. Sebenarnya aku solat berjemaah dengan ayah aku sahaja. Sebab adik perempuan aku dan mak aku datang matahati.
Lepas aku solat berjemaah aku pergi kebilik ku. Aku lihat dikalendar. Oh ya! Hari ini 9 Jun. Hari ini hari ahad dan juga hari pertama musim cuti sekolah. Ahhh!! Seronoknya aku dapat berehat dua minggu tanpa kerja sekolah! Kerja sekolah aku sudah lama siapkan daripada semalam. Jadi aku tidak kisahlah. Sudah menjadi kebiasaan pada diriku untuk menyiapkan kerja sekolah awal-awal hari lagi.
"Adikkkkk, owh adikkk...!! Cepatlah turun. Ayah kau dah tunggu dah tu!"
Ibuku sudah pun memanggilku dari dapur untuk sarapan pagi. Sudah menjadi kebiasaan ibu untuk memanggilku dengan panggilan 'adik'. Walaupun aku sudah berumur 19 tahun tetapi ibuku tetap memanggilku dengan panggilan 'adik'. Aku sudah pun berpesan pada ibu hanya memanggilku dengan nama. Tetapi ibu ku tetap memanggil ku dengan panggilan 'adik'. Entah mengapa. Aku sudah bertanya pada ayahku mengapa ibuku tetap memanggilku dengan panggilan itu tetapi ayah hanya berdiam sahaja. Sejak daripada itu aku hanya membiarkan ibuku memanggilku dengan panggilan itu walaupun aku anak sulung dalam keluargaku ini. Ayahku tidak menjawab soalanku ini sampailah sekarang.
Lepas kami keluarga sarapan. Aku akan menemani ayahku untuk pergi ke balai polis. Ayahku bekerja sebagai polis. Alhamdulillah sudah 20 tahun ayahku menyara kami sekeluarga dengan duit gaji sebagai seorang polis.
Sudah menjadi kebiasaan aku pergi ke balai polis untuk menemani ayahku. Ayahku kata ayah aku mahu aku menjadi seorang polis apabila aku berumur 21 tahun nanti. Tetapi aku tidak mahu menjadi polis. Aku mahu menjadi seorang peniaga. Tetapi apa mahu buat. Ayahku tidak membenarkannya jadi aku hanyalah pasrah. Dengan menemani ayahku pergi ke balai polis. Aku dapat belajar cara-cara mahu mengesan penjenayah, menangkap penjenayah, soal siasat jenayah dan sebagainya,...
Selepas ayahku memakai baju polisnya serta name tag yg ditulis Mazuki Shah dia pun bersalam bersama ibuku dan juga adik kembar yang nakal itu.
"Abah, nanti balik belikan aiskrim ya...!!"
Setiap kali ayah hendak pergi bekerja mesti keluar ayat itu daripada mulut mereka. Walaupun sudah berumur 11 tahun tetapi mereka suka makan aiskirm. Terutamanya aiskirm limau yang ada perisa vanila didalamnya.
Selepas aku bersalam dengan ibu dan adik-adik nakalku itu aku menaiki kereta ayahku. Setiap kali hendak pergi menemani ayahku pergi kerja pasti aku akan duduk dibahagian belakang. Sebab apa? sebab di belakang aku boleh sandarkan badan aku di tepi kusyen kereta itu sambil meletakkan kakiku diatas kusyen kereta yang disebelahnya. Itulah perangai burukku. Walaupun aku sudah menjadi anak dara tetapi aku tetap berperangai macam lelaki. Sambil itu aku boleh la melelapkan mataku sementara dalam perjalanan ke balai polis. Haha... Maklum la, orang bekerja mesti keluar awal pagi seawal 6.30 pagi. Manalah aku tak mengantuknya. Sambil aku tidur, aku membuka tudungku kerana sedikit panas. Apabila sudah sampai ke balai barulah aku menyarung tudungku. Hehe, teruk tak perangai saya?
Sampai sahaja dibalai polis. Aku terus tersedar dan memakai tudungku. Keluar sahaja daripada kereta. Aku terus masuk ke pejabat ayahku. Setelah aku masuk, aku terus disapa oleh seorang kakak polis.
"Eh, Alia, hah! dah sampai??"
Owh... Akak Maryana rupanya. Dia memang comel orangnya. Walaupun sudah berumur 30 tahun, wajahnya tetap awet muda macam muka seorng pelajar sekolah menengah. Ayahku selalu menyuruh aku mencontohi dirinya. Walaupun dia nampak sahaja penyayang tetapi ada juga sifat ketegasan dalam dirinya.
Aku pun senyum kepadanya dan menjawab sapaannya.
"Hehe, akak... berseri wajah akak pagi-pagi ni ya"
"eh, tak adalah. Same je macam hari-hari yang lain. Ini akak nak minta tolong dengan adik ni"
"Tolong apa, kak?"
"Adik masih lagi belum berumur 21 tahun lagi. Akak ingat kalau boleh akak nak bagi satu tugasan untuk adik ni. Ala dia mcm jadi polis jugak la. Macam detektif juga la tugasan ni. Sementara tunggu umur kamu mencecah 21 tahun elok la kamu latih diri kamu dengan memegang jawatan ini. Lagi pun ayah kamu dah setuju dah nak bagi jawatan ini pada kamu."
Berkerut dahiku apabila mendengar keterangan itu. Hah? Aku jadi detektif? Haha! Macam dalam cerita Detektif Conan itu pula. Aku tidak tahu kenapa pula aku hendak jadi ditektif? Aku bukanlah sehebat macam Shinichi Kudo a.k.a Conan dalam cerita itu. Lagipun ia memerlukan otak yang cepat tangkap dan luas pengetahuan nak jadi ditektif ini.
"Hah, bagus juga la kamu ambil kerja ni, Alia. Latihla diri kamu tu dulu sebelum jadi polis nanti"
Suara ayahku mencecah kesunyian sementara aku berfikir untuk bersetuju atau tidak untuk mengambil kerja ini.
"Lagi pun kalau kamu ambil kerja ni kamu dikira detektif termuda tau"
Aku tidak tahu untuk bersetuju atau tidak mengambil kerja ini. Lagipun sebenarnya aku boleh sahaja untuk mengambil kerja ini. Tetapi entah mengapa aku berasa ragu-ragu untuk mengambil kerja ini.
Entah mengapa aku bersetuju untuk mengambil kerja ini. Setelah aku bersetujul. Akak Maryana membawa aku ke penjara bahagian orang yang sakit jiwa. Tugas aku adalah untuk menyoal siasat si penjenayah yang sakit mental mengapa mereka boleh dijadikan begini.
Akak Maryana kata semua penjenayah-penjenayah disini dijadikan gila kerana sebab yang sama. Maksudnya semua penjenayah disini jadi gila kerana kejadian yang samalah kiranya. Kamu semua yang cerita ini faham ke tidak? Kalau tidak faham maaf ya.
Akak Maryana kata aku harus berhati-hati apabila bersembang bersama penjenayah-penjenayah disini. Jangan sekali-kali memakan choclate depan mereka. Aku pun tidak tahu mengapa tidak boleh membuat seperti itu. Dia juga ada kata, mereka menjadi gila dengan penuh misteri...
Setelah Kak Maryana memilih salah seorang penjenayah yang sakit mental. Kami memasuki satu bilik untuk mensoal siasat padanya. Inilah tugas pertamaku. Aku menyuruh Kak Maryana menemaniku dibilik itu kerana aku gementar. Maklumlah ini tugasan pertama aku. Jadi aku sedikit gementar. Nanti bila aku sudah biasa nanti bolehlah aku membuat tugas ini dengan senang.
Semasa aku menyoal siasat pesakit atau dikenali sebagai penjenayah ini. Aku membawa buku notaku untuk menyalin perkara-perkara penting mengapa dia boleh menjadi begini. Pesakit ini dibaluti kapas dimukanya. Hanya nampak satu mata sahaja.. Matanya pun sedikit bengkak. Aku melihat name tagnya tertera nama "Liyana".
Aku pun mulalah bersoal siasat bersamanya dimeja yang diletakkan ditengah-tengah bilkik itu berserta lampu mentol diatasnya. Dibilik ini tiada kipas jadi sedikit kepanasan. Tetapi aku tidak kisah semua itu. Yang paling penting aku mahu tahu misteri mengapa penjenayah-penjenayah disini atau dikenali sebagai pesakit mental boleh menjadi gila disini. Dan mengapa Kak Maryana berpesan padaku agar jangan makan choclate depan mereka semua ini? Aku pasti misteri ini akan terjawab selepas aku bersoal siasat pada pesakit ini.
Namun, mulalah cerita pesakit ini sebelum dia diletakkan disini...
Part 1 dah habis, hahaha, sorry. Cerita ini panjang sangat. Nanti insya-allah esok saya sambung ke part2 ^^