Feb 17, 2013

Perancangan Masa Hadapan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. My first post for this year.
Minggu lepas punya minggu lepas. Pengetua sekolah saya ada masuk ke kelas saya untuk ajar mata pelajaran sivik. Beliau jarang masuk, jadi minggu lepas dan hari ni beliau tak masuk. Meeting katanya. Masa itu cikgu ada tanya. Apa nak jadi pada 10 tahun akan datang. 10 tahun? Time tu kami dah 25 tahun.


Cikgu suruh buat peta minda, apa nak buat pada tahun 2013? 
Kami PMR...

2015? Kami SPM. 
2016? Kami nak masuk universiti/kolej. Universiti apa? 
2019? Kerja. Kerja apa?

Peta minda saya tu nanti saya update...



Cikgu tanya beberapa pelajar. Nanti nak kerja apa? Ada yang kata nak jadi Usahawan or Ahli Perniagaan. Ada yang nak jadi doktor dan sebagainya. Dulu saya selalu fikir nak jadi apa bila besar nanti. Masa saya sekolah tadika, saya pernah berangan nak buka kedai kek. Tak tahu kenapa dulu saya suka nak cuba buat kek. Mungkin sebab dulu ibu selalu bawa saya ke kedai kek.

Selain itu, dulu masa saya sekolah tadika. Saya suka tonton kartun. Macam-macamlah kartun yang saya tengok. First kartun Jepun Anime yang saya tengok ialah Princess Tutu. Hehe. Saya suka tengok mereka menari.

Sejak saya suka tengok kartun, saya cuba lukis kartun-kartun yang saya pernah tengok, tak ada kertas A4. Jadi saya lukislah kat dinding rumah.




Masa itu, saya lukis je. Tak tahulah ibu atau ayah saya marah ke tak. Ehe, kesian ibu dan ayah saya, mesti penat nak hentikan saya daripada melukis di dinding rumah. Nasib baik mereka ada anak seorang je. Jadi sebagai penyelesaian masalah ini, ayah saya pun belilah satu paket kertas A4 untuk saya melukis. Kesian ayah saya, mesti penat nak cat balik dinding-dinding rumah, Hehe. Sorry, Ayah.


Kemudian, saya pun fikirlah kendalan atau bakat apa yang ada dalam diri saya. Melukis. Nak jadi pelukis ke? Macam pelukis yang melukis muka orang dan pemandangan? Tak. Saya tahu lukis kartun je. Jadi saya pun terfikir, pelukis komik? atau animator kartun? Yeaaah~ 


Kemudian, saya pun mengambil keputusan untuk bercita-cita jadi animator kartun......atau pelukis komik. Maybe? Kawan saya kata, saya ada potensi jadi pelukis komik. Cewaaaahhh. Kadang-kadang pada waktu cuti sekolah ada juga saya buat komik. Tapi saya tak publishkan di facebook mahupun deviantartlah. Sebab malas. Ohohohoho.

Kemudian saya pun berfikir, mungkin bolehlah fikir pasal cita-cita ni lepas PMR. Lepas PMR dah boleh nak haluan mana-mana dah. Tasawwur? Sains? Matematik? lalalala~ Fokus masa study tu paling penting. Even kadang-kadang masa sains tak boleh nak fokus. Bila cikgu cakap lain ada je yang fikir lain....


Nanti lepas PMR nak fikir pula, lepas SPM nak masuk universiti mana~ Luar negara? Luar negeri?


Rasanya dalam negara je... Keluarga saya sederhana je... Tak adalah sampai luar negara macam dalam novel... Kawan ada cadang masuk Universiti Al-Azhar dengannya satu hari nanti. Universiti tu jauh di Mesir. Dan kemudian kena pakai purdah. Uhuhuhuhu~ Teringin nak cuba pakai purdah, ibu kata saya kecil lagi. Pakai tudung labuh dulu.



Kemudian, saya pun fikirlah Universiti yang terdekat. Universiti Islam Sains Malaysia? Ayah suruh saya jadi doktor. Aaaaaa..... Saya cubalah kata nak jadi animator kartun. Doktor di Malaysia dah banyak dah, Malaysia perlukan animator pula. Ehehehehe~

Dan saya pun fikir, Universiti Multimedia,Cyberjaya? Tempat di mana pengasas Animonsta, Mr. Nizam belajar dulu~ Yeaahhhh Insya Allah. Sebelum pilih-pilih nak masuk universiti apa. Saya tanya orang yang sudah makan garam dulu sebelum saya.


Yeaahhhh Kak Nur~ XD Kami tak pernah jumpa. Cuba berbual di alam maya sahaja. Dia berumur 4 tahun lebih tua dari saya. Jadi saya tanyalah dia dulu.

Semasa buat peta minda dengan kawan-kawan, ada yang kata nak kahwin. Amboi... dah gatal naaa~ Saya cuba tanya kawan saya, calon suami nanti nak macam mana? Ini antara jawapan yang saya dapat...


Mereka kecil lagi, biarlah mereka, termasuk saya. Haha... Cikgu ada suruh tulis tahun keberapa kami nak kahwin.... Saya tanda pada tahun..... dua ribu dua puluh... entah... lupa... Nanti saya check balik.

Cikgu ada kata lagi... kalau perempuan nak kahwin awal amat digalakkan. Kalau lelaki susah sikitlah, mungkin dalam 27 tahun,baru boleh. Sebab kalau lelaki nak kahwin, bermakna dia akan jaga anak dara orang dah, jaga anak-anak, jaga keluarga, tangungkan dosa-dosa isterinya... kata cikgu saya tu...

Kawan perempuan dah tersengih dah. Saya? hmm, kahwin lambat lagi, jadi malas nak fikir, yang penting bakal suami saya dia merupakan seorang lelaki, tu je... Ye lah, takkan perempuan kut? Haish,... dan boleh bimbing saya didunia dan diakhirat (ce wah ayat).

Yang penting belajar dulu, banggakan ibu dan ayah. Sebenarnya senang je nak hafal pelajaran ni. Contohnya sains, saya adalah cuba lukis beberapa gmbr rajah dalam buku teks tu.


Kalau kauorang nak copy dan print ambillah ^____^ Saya bagi free, ehehehe~
Yang penting... belajar dulu, baru fikir tentang nak masuk Universiti mana,... dan kerja.. dan kahwin. Haha k sekian. :D