Mar 9, 2016

5 tahun menanti Boboiboy The Movie!



caramel, food, and popcorn image


Salam Sejahtera kawan-kawan.


Pada 27 Febuari lalu, saya berpeluang tonton cerita Boboiboy The Movie sempena tayangan awal di IOI Putrajaya~ :D Alhamdulillah, terima kasih buat Kak Fatin sudi temankan  ヾ(^∇^)

Rasa teruja hooooooo bila nak tengok Boboiboy The Movie ni! 5 tahun menanti sejak umur 13 tahun lagi :D Banyak babak kejutan dan banyak perkara yang tak disangka-sangka berlaku!! ヽ(;▽;)ノ



Dan yang paling teruja sekali, saya berpeluang untuk berjumpa dengan para suara pelakon Boboiboy! Adik Fathiah, Adik Fathi, Kak Yap Ee Jean dan yang terbaru, pelakon suara Bora Ra, Encik Azman, dan paling istimewa sekali, Pengarah Boboiboy iaitu Encik Nizam Razak!  
(((o(*゚▽゚*)o)))  But didnt have chance to take photo with them.

But manage to take group photo~ 
Thank you Kak Hannan for le picture~

Masa nak masuk pawagam, ramai budak-budak ceria nak tangkap gambar dengan maskot Boboiboy, saya pandang dari jauh sebab tangan penuh.



Pen 3D Boboiboy Blaze & Ais, Topi dan Poster. 
Jam tangan Ochobot saya dapat sempena menang giveaway~


Review Saya ~

1) Peningkatan kualiti animasi :  Tahun lepas sepanjang semester 3 dan 4 saya banyak belajar pasal 3D (model, texture), VFX, dan camera. Jadi, bila tonton movie ni memang saya pandang banyak segi, seperti texture model robot yang berkarat, texture baju dan exgration animasi. Memang mantap dan banyak peningkatan Masya Allah, teruja tengok! Dan yang paling saya suka ialah aksi pergerakkan kamera! Maaf, saya budak animasi jadi banyak benda saya lihat  (*≧▽≦)ノシ)) 


2) Jalan cerita : antara tema cerita ni ialah Semangan Setia Kawan. Jalan cerita penuh menghiburkan, sedih, dan lucu. Lagi-lagi babak Adu Du jatuh hati pada Ki Kita, Alo lo omey XD Dan dan ada watak baru satu niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii yang yang yang bebbbbbbbbbbbbbbbb spoiler nope nope XD ada beberapa watak yang buat saya teruja dan saya dapat lihat movie ini berjaya dibangunkan bila adanya watak-watak baru yang-- mcm timbulkan lagi cerita ni, aaaa susah nak cakap u


3) Debaran : Jalan cerita ni banyak bagi debaran pada saya dan menanti apa yang akan terjadi. Dengan campuran sound effects dan muzik latar belakang bertambah lagi kejutan dan debaran dasyat.



Boboiboy Movie mengingatkan saya pada memori saya sepanjang 5 tahun saya jadi peminat Boboiboy~ Lagi-lagi pada persahabatan antara Ochobot dan Boboiboy. Tahu tak betapa sayangnya Boboiboy kepada Ochobot? Dari episod 1 musim 1 hinggalah sekarang.


Sabtu lalu di Alamanda ada acara Boboiboy bersama Yeogurt. Saya tak datang, terima kasih Adik Qin Faleen untuk pemberian kotak minuman ini!


Sekian, apa-apa pun semoga Monsta terus maju untuk bangunkan lagi Boboiboy!
Insya Allah selagi panjang umur akan setia jadi peminat Boboiboy~! :D

Terima kasih Kak Fatin atas jemputan dan bagi tumpang kereta ;w;
Jazakillahukhairan~