Dec 20, 2013

Slender -malay-




Assalammualaikum and hello~
Another song that I make in malay version hurhur

and this is myy first time make PV videeoooo~!!! >w<
I'm still learning, for make video like that I used Sony Vegas Pro. I edit the voice to echo style so the song sounds more creppy. Using audacity. Heee, before this I have make a malay song cover about slenderman, but this one (in my opinion) is more scary than the last one because it has slender sound. (The sound where we lose and meet him).



Mp3 Download

Lyrics:


Menyedari diri keseorangan,
Merayau ke merata tempat tanpa tuju arah
Kumpulkan petunjuk dia memerhatimu,jauh di belakang
Sediakan pistol, kau akan dibebaskan saat kemenanganmu

Merayau ke sekeliling di waktu tengah malam
Kertas dijumpai-- jangan toleh, dia di belakangmu
Lagi banyak barang dikumpul, lagi pantas dia kejar
Dan pada babak akhir, terserempak pemuda tanpa muka

Slenderman, mari mulakan.
Permainan jika berani.
Slenderman, mari mulakan.
Permainan tiada penamat.

Berjalan dalam kegelapan disebelungi kabus.
Anak-Anak ketakutan bersendirian,  hati tidak tenang.
Kau rampas hak miliknya, Jangan menyesal pula.
Di sebalik muka kosongnya terselit sifat licik

Terbangkit dihadami suasana suram.
Lapan kertas bertaburan, merayau ke mana lagi?
Ikut cahaya, larikan diri ke dalam semak.
Kalau tidak, malanglah nasibmu berjumpa si slender!!

Do you want to play again?
Do you want to play again?
Do you want to play again?
Do you want to play again?

Is that weird,... when I speak english here? Hahahahaha--


Dec 17, 2013

Kover Lagu : Bad Apple -malay-





Hello there earthlings~
So days a goooo~ I just upload my fifth song cover, asdfghjkl
Fifth? Not so sure hmm. Just click the name below~ ヾ(^∇^)

Sooo~ Yeah, this is the first time I used Gumi Megpoid sing malay asdfghjkl. Actually, in my opinion, I like Gumi's malay because for me she sounds so clear. Inclucing her english. I mean- for me Gumi's English is the most clear english vocaloid that I've hear. Maybe because of her sweet voice make her voice sounds clear~  ヽ(≧Д≦)ノ Untuk Gumi, saya guna off-vocal yang original. Manakala untuk Tia saya guna yang Apple-P punya version. Saje saje je LOL. Just decided to make malay cover of this song after saw lots of multilanguage version of this song. So..yeah~ It's robot voice, not human tsk tsk.


Here are the lyrics :


Setiap kali di atas ku teruskan berpusing
tanpa sebab di dalam permainan derita 
hingga perlahan, aku sedari hatiku mula musnah
dan ternyata kelihatan ku tak mampu bebas

kuterjerumus melalui retak kegelapan
bersama kesakitan dan penderitaan  pelumpuhan
Beritahulah siapa diriku
Ketidakpastian menghantui fikiranku
Sehinggaku tak mampu bebas

Mungkin ia cuma mimpi, dan bukan realiti
Tapi ia percuma jika ku beritahu perasaanku
Ku penat hadapi kesengsaraan zahir
dan ku harapi merasai tanpa kegelapan
Kau digalakkan memberitahu arah tujuanku
Tapi aku ragui hatiku tak akan peduli
Jika ku teruskan langkah,tiada jalan patah semula
Kerna semua akan hancur, dan pudar kehitaman,

Mungkin esok masih ada,mampukah ku melepasinya
Masih adakah tempat untuk ku bersinar
Kejamkah diriku,perlukah ku pergi
Aku semakin lupa adakah ku peduli
Bolehkahku teruskan perjalananku,
orang sekeliling tak akan fahamiku
Jika ku cari lain,jika kalau ku melangkah
Ianya tak akan sama,berpudarlah dalam putih

Setiap kali di atas aku teruskan berpusing
tanpa sebab di dalam permainan derita 
hingga perlahan, aku sedari hatiku mula musnah
dan ternyata kelihatan ku tak mampu bebas

kuterjerumus melalui retak kegelapan
bersama kesakitan dan penderitaan  pelumpuhan
Beritahulah siapa diriku
Ketidakpastian menghantui fikiranku
Sehinggaku tak mampu bebas,

Mungkin ia cuma mimpi, dan bukan realiti
Tapi ia percuma jika ku beritahu perasaanku
Ku penat hadapi kesengsaraan zahir
dan ku harapi merasai tanpa kegelapan
Kau digalakkan memberitahu arah tujuanku
Tapi ku ragui hatiku tak akan peduli
Jika ku teruskan langkah,tiada jalan patah semula
Kerna semua akan hancur, dan pudar kehitaman,

Mungkin esok masih ada,mampukah ku melepasinya
Masih adakah tempat untukku bersinar
Kejamkah diriku,perlukah ku pergi
Aku semakin lupa adakah ku peduli
Bolehkahku teruskan perjalananku,
orang sekeliling tak akan fahamiku
Jika ku cari lain,jika kalau ku melangkah
Ianya tak akan sama,berpudarlah dalam hitam 

asdfhjk kbyeeee


Nov 28, 2013

Lukis atas baju~


 
KAITOOO~~ My fatherrr //slap

Assalammualaikuummm~ (ノ゚▽゚)ノ
Aaaaaa lama nya tak update, ye ke? Hahaha, sorry sangat sangat sebab private blog dalam masa yg lama. Sebab nak edit beberapa tempat. Haha tak adalah edit banyak mana, setakat tukar header, background and footer blog je. Sebenarnya ada lagi yang belum siap, UTAU saya punya info belum edit lagi tsk tsk. And you know what, saya on the way nak buat english voicebank for Azharu Fizzuuuuu (ノ≧∀≦)ノ //slap

Mungkin untuk Fizzu ada english voicebank, tapi untuk Tia, saya tak akan buatlah kut. Kalau buat pun dari japenesse voicebanknya dijadikan engrish, okay malas nak citer. LOL.

Apa yang saya nak citerkan di sini ialah sepanjang hari lepas PMR macam-macam saya buat, ini adalah antaranya~ Saya lukis lukisan atas baju! Dengan menggunakan pen marker yang tertentu~ Here some of my artworks. Saya buat satu baju je, hehe....


 
Saya lukis Boboiboy Halilintar~ ヾ(゚∀゚ゞ)



Dan kemudian, belakang baju tu saya lukis Hatsune Miku pula~ Sepatutnya boleh je guna pen marker hijau, tapi saya saje je guna warna hitam, sebab hijaunya macam tak seberapa sesuai. Lagi pun Miku punya offical colour warna turquoise~ (hijau+biru)
 

My fabulous signature~ //mengada-ngada //kenatendang

Untuk lukisan atas baju, saya guna pen jenama sharker yang Staned punya~ Pen ini sesuai untuk lukis atas fabrik. Pada mulanya saya nak beli pen yang boleh lukis atas cawan, tapi saya silap beli lol. So tak apalah, nasib baik masih simpan lagi baju putih lama ni. Tapi kalau saya lukis ni pun saya tak akan pakai baju ni sebab tak muat dah XD Sebelum tu, saya sketch dulu atas fabrik/kain menggunakan pensel biasa.


Dengan bantuan makanan/minuman Rocky dan Soliviteee~ LOL. 
Gambar ni tak ada kena mengena pun tapi saje je tangkap gambar skali XDD

Oklah sampai disini sahaja~ ( ノ^ω^)ノ゚ I shall update anything soon~
Asdfghjkl english voicebank utau on the wayyy wuwuwuwuuu....

Nov 12, 2013

Download Paint Tool SAI + Texture + Brush


Assalammualaikum and hello there little earthlings!
Jadi saya di sini nak share dengan korang link download Paint Tool SAI~ Software inilah yang saya gunakan untuk melukis, yang Photoshop tu cuma untuk edit je agar nampak cerah dan sebagainya. 



    Before you download it, here are some of the screenshots photo of paint tool SAI.



Other than that, ini pula download untuk brush dan texture, tapi sebelum korang download benda2 ni, saya cadangkan korang bagi beginers, jelajahlah dulu 'dunia' paint tool sai ni di mana,... tengok-tengoklah macam mana ia berfungsi, cuba melukis dulu, hehe~ Lepas korang dah download, download pula texture dan brush ni. Saya ambil daripada deviantArt.

 Download Brush



 Download Texture



    Sebenarnya banyak lagi yang korang boleh cari sendiri, yang saya carikan ini cuma based je, untuk tutorial, pare owner dah sediakan dekat dA tu, tengoklah kalau saya rajin saya buat tutorial ni skali XDDD

Harap ini membantu~


Oct 26, 2013

Jadi Cikgu~

Kagamine!  ヾ(*´∇`)ノ  They're not twins. They're mirror images. 
LOL. Mesti hangpa confuse kan?

Assalammualaikum penduduk bumi sekalian! Lamanya saya tak update blog. (*´・v・)

Ya~ Pada 10 Oktober yang lalu saya sudah bebaaaaaaaassss XD PMR dah habis wuuuuuuuuuu! Jadi sekarang ni saya banyak buat aktiviti melukis dan buat kover lagu je lah. Saya post lukisan dekat facebook dan deviant art selalunya. Oh ya, kawan sekolah ada request untuk buat tutorial melukis. Boleh je~ Insya Allah saya akan buat tutorial melukis memandangkan saya dah habis belajar~ (buat sementara je, hahaha).

Sebelum tu, bagi yang belum tahu, saya melukis guna tablet drawing + laptop. Seperti pada gambar ni, gambar zaman bila entah saya tangkap, haha.   ヾ(´¬`)ノ


Dan kemudian, saya guna software Paint Tool SAI untuk melukis, dan Photoshop CS5 untuk edit lukisan saya agar nampak faabbbooullluuusssssss macam Levi Heichou masa dia tendang Eren tu.... Eh eh,...


Paint Tol SAI [yang dalam gambar ni ialah Gumi Megapoid dan Azharu Tia]


Photoshop CS5. Dalam gambar ni ialah.... saya versi ilustrasi :P

Kedua-dua software ni ada download link. Nanti saya buat entry. Oh ya, ingat lagi tak entry saya : Pengalaman Nak Belajar Melukis? Pada entry tu saya ada kata tentang download brush untuk Paint Tool SAI. Nanti saya akan ajar juga~ :]

Oh, dan tentang kover lagu~ XD Saya memang ada buat kover lagu, tapi bukan saya yang nyanyilah. Komputer yang nyanyi. LOL. Faham tak? XD Yang nyanyi ialah Vocaloid dan UTAU. Saya tahu, ramai yang tak tahu lagi maksud sebernar Vocaloid dan UTAU ni. Bagi yang belum tahu, jangan malas-malas baca tentang wikia vocaloid dan wikia UTAU ni... Saya buat kover lagu vocaloid dalam versi melayu. Saje je, maaf kalau apa yang saya buat selama ni hanyalah merosakkan lagu je, haha. Serias ni.

Sekarang saya on the way nak sumbit lagu Bad Apple versi melayu. Sebenarnya saya dh sumbit dah pun kat satu laman web ni. Siapa yang stalker saya mesti dah jumpa :P Tapi video lirik je belum lah. Kerja ni saya buat seorang diri je. Haha, tapi lepas ni saya nak minta bantuan kawan-kawan pula, terutamanya masa buat lirik versi melayu. Kalau buat seorang diri risau ada yang tak setuju pula kalau lirik dia lain daripada yang lain (ayat berbelit, haha)...  (´ε` ) Anyway, Azharu Tia bukan vocaloid. Dia UTAU. Saya punya UTAU. Nanti Insya-Allah ada masa saya buat entry pasal UTAU ni juga~ ヽ( ̄д ̄;)ノ


image
Faboulouuuuuuuussss kicckkkkkkkkkk~!

Sep 20, 2013

Entry before PMR

Assalammualaikum and Hello~


Macam biasa, lukisan ni saya yang lukis. Haha. Entah macam mana boleh dapat idea nak lukis macam ni. Hari tu saya ada lawat satu blog pasal Vocaloid, dia ada bagi tips nak dapatkan suara Yowane Haku, Akita Neru, Hachune Miku dan Tako Luka. For those who don't know yet, these 4 are NOT an OFFICAL VOCALOID. They're just a pitch from Vocaloid. Such as Yowane Haku's and Hachune Miku's voice were based on Hatsune Miku voice :] Meanwhile, Akita Neru's voice based on Rin Kagamine or Hatsune Miku.

Back to the enrty, maka bertambahla watak-watak@loid dalam komputer saya ni. And then entah bagaimana saya dapat idea nak gantikan kepala Azharu Fizzu dengan Tako Luka, LOL. With Azharu Tia's hoodie jactet XD

Oh ya, PMR! Minggu Depan asdfghjklkjhgfdfghjkjh Aaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh~! Saya 70% bersedialah, LEL. Saya perlu banyak belajar Sejarah dan KH. Saya lemah sikit pelajaran ni. And matematik! Waktu buat tu perlu hati2, jangan sesekali careless terutamanya kalau soalan yang memerlukan negatif positif bagai blablabla TT^TT

Good luck too for those PMR candidates! ;D Lepas PMR, macam-macam nak buaaaaaaaaaaat XD Such as Vocaloid cover in malay version, and UTAU too, LOL XD

Anyway, Sabar ya Fizzu, kebenaran akan terbukti tak lama lagi *tangan ke bahu*


Sep 13, 2013

FEELS datang,...



Assalammualaikum and hello everybody~
So long I didn't update anything stuff at my blog T^T Busy with school stuff and get tired. Can't wait to get freedom after PMR, which is only around the corner asdfghjkl.

Jaaadddiii,..... Okay, saya tak tahu nak update apa, jadi saya nak update pasal anime yang saya tengoklah. Anime yang saya maksudkan ialah,... Shingeki No Kyojin, dlm bahasa inggerisnya, Attack on Titan, dan dalam bahasa melayunya, Serangan atas Raksaksa, LEL. Okay, first of all, I suggest you to watch this most epic anime ever! Seriously, Best gila anime ni, gempak gila blablabla, LOL. Saya mula tonton anime ni masa cuti sekolah bulan Jun, pengaruh rakan sebaya, harhar. Ramai orang duk cakap pasal anime ni, jadi saya pun tengok jugaklah. Dan serius gempak gila. XD


Oh ya, ahad yang lalu, saya dah tengok episod 21 dan 22. Okay, sedih kut TT___TT Poor all of them, I mean, Levi's squad... How dare that female titan T__T And you know what, there was a scene where Levi just stare Petra's dead body from the tree and he didn't act anything. Just stare on her. Did you know, that a true squad can not cry?

image


It does not mean that Levi don't have any feelings, he just can not cry. Because a true squad don't cry like... crying while rolling on the grass....




That comic drew by me. Anyway, anime ni memang best sangat. Saya cadangkan korang trylah tengok via online. Dia cerita pasal raksaksa yang makan manusia, mungkin ada beberapa babak dalam cerita ni agak menakutkan, sebab darah di mana-mana. Dan.... babak masa Ibu Eren kena makan tu. Itu lagilah...

image
if you know what I mean...




Saya ada baca manga nya. Gempak betul! Ada sesetengah daripada mereka sebenarnya titan juga selain daripada Eren. Saya tak nak bagi spoiler, kalau nak tahu, tunggu je lah dengan sabar~



Aug 3, 2013

Sketch - Namine Ritsu~


Hatsune Miku and Kagamine Rin


Asslammualaikum~ 
Maaf sangat sangat sebab dah tak selalu update blog “ψ(`∇´)ψ
Terima kasih bagi yang follow saya! 

Sekarang ni dah cuti raya, jadi apa lagi... Yeaaahhhhh boleh tengok anime lama-lama dan lukis banyak banyaaaaakkkkkkkkkkk............ lepas belajar. Dan, saya dah release UTAU saya dah, lel. Saya buat feat dengan Kagamine Len dan Rin, impian saya nak buat Azharu Fizzu dan Tia duet dengan Kagamine Twins dah jadi kenyataan~ | ( ̄ε ̄@) //slapped

Alang-alang cuti ni saya nak lukis banyak banyak.. lepas belajarlah. Hehe, kemudian tolong ibu buat biskut raya. Jadi,... saya nak tunjukkan kat korang macam mana saya sketch doodle ;D

Yang ini saya sketch dulu, warna dan lineart kemudian. Yang ini saya buat untuk Skect Around Meme with Tus and her friend~ 


mula-mula, saya buat base body dulu. Tambah mata, muka, ukur saiz kebesaran badan.
(n˘v˘•)¬

kemudian~ saya lakar wataknya dulu, rambut, baju, leher dan apa-apa tambahan

Kemudian, saya warnakan matanya, untuk bagi nampak 'hidup' (✿ ♥‿♥)

warnakan rambutnya~ tak perlu warna pun tak apa tapi saya saje je warna, hehe~

Buat layer lagi satu di paint tool sai, kemudian tambah shadow dan shading..
Kemudian saya convert ke .phd file (photoshop) untuk diedit daaaannn...

Keboooommm...! Here is the result!  (●♡∀♡)

Namine Ritsu, Azharu Tia's favourite UTAU. Be careful, acctually it's a trap, I mean. Namine Ritsu is boy not a girl. He is cross-over dresser. Tentang jantina tu belakang cerita, saya suka gila dengan suaranya! *v* asdfghjklkjgfdfghj Nanti lepas ni saya nak tunjukkan pula bagaimana saya mewarna pula, ya~




Jul 16, 2013

Pengalaman nak belajar melukis


 photo ep13_5_zpsac33b603.gif
Scene ni! AMG serias awesome gila asdfghjkl

Assalammualaikum~ Waaahhhhh, lamanya dah tak update blog!
Cuti sekolah dah nak habis U____U Akhirnya ada juga masa nak edit blog. Bila tengok blog Ikin dan Fara yang cantik dan dipenuhi dengan gambar Boboiboy. Saya pun nak edit blog juga XD Teringat pula dulu, masa pertengahan 2011. Sejak saya minat Boboiboy, saya pun ada penuhkan blog saya dengan gambar Boboiboy!

Dulu saya rajin edit blog dan ber-blogging. Kemudian, sejak saya sertai deviantart.com. Sudah jarang berblogging dah. Ini pun sejak minat Boboiboy. Sejak daripada itu saya belajar melukis je. Kesian blog ni kena tinggal (≧▽≦)

Jadi saya disini sahaja nak cerita sedikit, macam mana pengalaman saya nak melukis, dari tahun 2011 hinggalah sekarang  (・ω・) Saya melukis bukan melukis yang lukis pemandangan dan seumpamanya, tapi melukis kartun ;)


Sebelum saya melukis, dulu waktu kecil-kecil. Saya memang suka melukis, dekat kelas, sayalah yang pandai melukis, Hihi. Saya suka melukis sejak daripada tengok kartun Princess Tutu. Di mana saya pernah beritahu pada enrty blog yang lalu~

Waktu tu, saya melukis. Mak ayah ada puji cantik lukisan, sebenarnya saya tahu, mak ayah saya saja je nak menyedapkan hati saya. Padahal waktu itu lukisan saya sangatlah buruk.

Saya tak ingat sangat macam mana lukisan saya waktu dulu pada tahun 2004. Tapi yang pasti, kepala bulat, tangan tak ada jari, mata  tak comel dan kaki yang gemuk. (*≧ 3≦) 

Sehinggalah saya minat kartun Boboiboy. Masa itu ada pertandingan fanartik Boboiboy. Kemudian saya ada lah cuba lukis Boboiboy.


Saya tak jadi hantar yang ini, saya hantar yang lain. Ya saya tahu, terdapat kesalahan warna baju disitu. Lukisan ni tahun 2011 punya. Dimana saya masa tu tingkatan 1.

Kemudian, satu hari salah satu daripada Admin page Boboiboy ada post fanart daripada salah seorang peminat Boboiboy daripada devianart.com. Reaksi saya....




Bila tengok, teringin nak melukis sehebat mereka. Tapi tahukah korang, nak melukis sehebat mereka bukan senang. Bukan nya sekali melukis je dah terus pandai. Tak! Kena selalu practice. =3=

 
Fanart by Ryocutema and KazukiX5

Masa tu saya pun ada buat Boboiboy Taufan fanart juga...

by Vanila98 a.k.a me

Okay buruk gila...
Masa ini saya melukis tak guna tablet. Saya melukis pun bukan guna mouse. Saya lukis guna jari XD Bagi pengguna laptop boleh faham maksud saya. Susah gila kut!


Tapi disebabkan nak jadi sehebat kawan-kawan yang lain yang pandai melukis, saya cuba juga! Sampailah pada awal tahun 2012 ayah saya benarkan saya beli tablet~ 

Kemudian, bila tengok balik lukisan saya yang dulu-dulu punya... 


Terutamanya lukisan ni XD Kemudian saya combine-kan dengan lukisan yang baru~


Lukisan Jun 2011. Harharharharhar k buruk gilaaaaa!
Macam yang saya cakapkan tadi, nak belajar melukis bukan senang. Kadang-kadang tu saya ambil inspirasi sikit daripada lukisan kawan-kawan saya~ Kemudian, belajar daripada youtube :) 


Kemudian, bila dah belajar semua, kena download brush juga. Brush di paint tool sai bukannya tak berguna, berguna je, tapi nak download brush lain untuk tambahkan lagi kualiti lukisan~

Download brush disini : >link< >link<
Korang nak saya buat tutorial macam mana nak download brush ke Paint Tool SAI? ;)

Lupa pula nak cakap, saya melukis guna Paint Tool Sai :3



Ada lagi satu problem.. 
Kadang-kadang tu, kalau kat sekolah ada je ilham dan idea nak melukis, tapi bila dah sampai rumah... terus hilang or tak ada mood nak melukis. Waktu tak ada mood nak melukis, memang tak boleh melukis, sebab kalau kita paksa juga diri untuk melukis, nanti lukisan tu akan tak jadi seperti yang diinginkan. Nanti jadi lain~


Waktu melukis, kena berhati-hati dan teliti, lukis mata, jari, kening, mulut. Bila bagi kawan kelas tengok, mereka kata okay dah, dah cantik dah, tapi hakikatnya mereka tak perhati betul-betul. Kadang-kadang lukisan saya yang badan kecil kepala besar pun mereka kata cantik.


Dugaan ini buat saya rasa macam nak....


Itulah hakikatnya, nak meng-improve-kan lagi skill lukisan kita bukan senang.


Sebenarnya senang je, saya saje je cakap macam ini sebab nak melemahkan semangat korang, muahahaha.. Ok kejam.





Yang dua orang pembuli atas ini ialah watak asli saya... Yang lelaki saya tajamkan sikit matanya, perempuan pula saya tambahkan bulu mata sahaje.

Hehe, sampai disini sahajalah, bagi pembaca blog ini yang juga nak cuba melukis dan masih baru dalam melukis ni. Satu je perkara yang saya nak pesan, teruskan usaha,ya! :D Jangan berputus asa ^___^ Sebenarnya senang je nak melukis, cuba bergantung pada diri sendiri je nak berusaha atau tidak ;D Good luck!