Jul 16, 2013

Pengalaman nak belajar melukis


 photo ep13_5_zpsac33b603.gif
Scene ni! AMG serias awesome gila asdfghjkl

Assalammualaikum~ Waaahhhhh, lamanya dah tak update blog!
Cuti sekolah dah nak habis U____U Akhirnya ada juga masa nak edit blog. Bila tengok blog Ikin dan Fara yang cantik dan dipenuhi dengan gambar Boboiboy. Saya pun nak edit blog juga XD Teringat pula dulu, masa pertengahan 2011. Sejak saya minat Boboiboy, saya pun ada penuhkan blog saya dengan gambar Boboiboy!

Dulu saya rajin edit blog dan ber-blogging. Kemudian, sejak saya sertai deviantart.com. Sudah jarang berblogging dah. Ini pun sejak minat Boboiboy. Sejak daripada itu saya belajar melukis je. Kesian blog ni kena tinggal (≧▽≦)

Jadi saya disini sahaja nak cerita sedikit, macam mana pengalaman saya nak melukis, dari tahun 2011 hinggalah sekarang  (・ω・) Saya melukis bukan melukis yang lukis pemandangan dan seumpamanya, tapi melukis kartun ;)


Sebelum saya melukis, dulu waktu kecil-kecil. Saya memang suka melukis, dekat kelas, sayalah yang pandai melukis, Hihi. Saya suka melukis sejak daripada tengok kartun Princess Tutu. Di mana saya pernah beritahu pada enrty blog yang lalu~

Waktu tu, saya melukis. Mak ayah ada puji cantik lukisan, sebenarnya saya tahu, mak ayah saya saja je nak menyedapkan hati saya. Padahal waktu itu lukisan saya sangatlah buruk.

Saya tak ingat sangat macam mana lukisan saya waktu dulu pada tahun 2004. Tapi yang pasti, kepala bulat, tangan tak ada jari, mata  tak comel dan kaki yang gemuk. (*≧ 3≦) 

Sehinggalah saya minat kartun Boboiboy. Masa itu ada pertandingan fanartik Boboiboy. Kemudian saya ada lah cuba lukis Boboiboy.


Saya tak jadi hantar yang ini, saya hantar yang lain. Ya saya tahu, terdapat kesalahan warna baju disitu. Lukisan ni tahun 2011 punya. Dimana saya masa tu tingkatan 1.

Kemudian, satu hari salah satu daripada Admin page Boboiboy ada post fanart daripada salah seorang peminat Boboiboy daripada devianart.com. Reaksi saya....




Bila tengok, teringin nak melukis sehebat mereka. Tapi tahukah korang, nak melukis sehebat mereka bukan senang. Bukan nya sekali melukis je dah terus pandai. Tak! Kena selalu practice. =3=

 
Fanart by Ryocutema and KazukiX5

Masa tu saya pun ada buat Boboiboy Taufan fanart juga...

by Vanila98 a.k.a me

Okay buruk gila...
Masa ini saya melukis tak guna tablet. Saya melukis pun bukan guna mouse. Saya lukis guna jari XD Bagi pengguna laptop boleh faham maksud saya. Susah gila kut!


Tapi disebabkan nak jadi sehebat kawan-kawan yang lain yang pandai melukis, saya cuba juga! Sampailah pada awal tahun 2012 ayah saya benarkan saya beli tablet~ 

Kemudian, bila tengok balik lukisan saya yang dulu-dulu punya... 


Terutamanya lukisan ni XD Kemudian saya combine-kan dengan lukisan yang baru~


Lukisan Jun 2011. Harharharharhar k buruk gilaaaaa!
Macam yang saya cakapkan tadi, nak belajar melukis bukan senang. Kadang-kadang tu saya ambil inspirasi sikit daripada lukisan kawan-kawan saya~ Kemudian, belajar daripada youtube :) 


Kemudian, bila dah belajar semua, kena download brush juga. Brush di paint tool sai bukannya tak berguna, berguna je, tapi nak download brush lain untuk tambahkan lagi kualiti lukisan~

Download brush disini : >link< >link<
Korang nak saya buat tutorial macam mana nak download brush ke Paint Tool SAI? ;)

Lupa pula nak cakap, saya melukis guna Paint Tool Sai :3



Ada lagi satu problem.. 
Kadang-kadang tu, kalau kat sekolah ada je ilham dan idea nak melukis, tapi bila dah sampai rumah... terus hilang or tak ada mood nak melukis. Waktu tak ada mood nak melukis, memang tak boleh melukis, sebab kalau kita paksa juga diri untuk melukis, nanti lukisan tu akan tak jadi seperti yang diinginkan. Nanti jadi lain~


Waktu melukis, kena berhati-hati dan teliti, lukis mata, jari, kening, mulut. Bila bagi kawan kelas tengok, mereka kata okay dah, dah cantik dah, tapi hakikatnya mereka tak perhati betul-betul. Kadang-kadang lukisan saya yang badan kecil kepala besar pun mereka kata cantik.


Dugaan ini buat saya rasa macam nak....


Itulah hakikatnya, nak meng-improve-kan lagi skill lukisan kita bukan senang.


Sebenarnya senang je, saya saje je cakap macam ini sebab nak melemahkan semangat korang, muahahaha.. Ok kejam.





Yang dua orang pembuli atas ini ialah watak asli saya... Yang lelaki saya tajamkan sikit matanya, perempuan pula saya tambahkan bulu mata sahaje.

Hehe, sampai disini sahajalah, bagi pembaca blog ini yang juga nak cuba melukis dan masih baru dalam melukis ni. Satu je perkara yang saya nak pesan, teruskan usaha,ya! :D Jangan berputus asa ^___^ Sebenarnya senang je nak melukis, cuba bergantung pada diri sendiri je nak berusaha atau tidak ;D Good luck!


12 comments:

Fara_nym | Hyoukurona said...

Wah!!!!Fiqah memang hebat lah lukis!lagi satu,Thanks sebab dulu pernah bg tips cara nk bg lukisan cantik! dulu Fara lukis buruk tapi tanak practice! bila dah practise banyak2 baru cantk! uhuhu tak sangka nya!tp skarang ni Fara still tak bileh lukis rambut Fang! kekadang je jadi xD

Vanila98 said...

@Fara_nym (Farahanim)

Eh? Terima Kasih XD dan sama-sama juga~ nanti Insya Allah pd masa akan dtg saya update lagi tips2 nak melukis XD Tak apa, practice lagi ;D Rambut Fang mmg susah sikit, dah lama x buat Fang fanart XD Keep practicing ya ;D

Rara Ariiqin said...

Awesome! ^0^ Ikin tak berapa nak mahir dalam melukis mata, bentuk muka (posing) dan cermin mata Fang. Agak sukarlah. Kat sekolah. Ramai yang tempah suruh Ikin lukis gambar kartun. Hehehe..baguslah. Kurang sikit masa duk diam je. Baik melukis..

Fara_nym | Hyoukurona said...

@Fi Halilintarok! Insya Allah :)

Vanila98 said...

@IkinAsyiqin (BoboiboyFang Fan)

Yeah~ teruskan usaha ya ^_^ Dan kita tengok hasilnya pd thn akan dtg ;D Kat sk pun kwn ada tempah lukis, tp bila nk siapkan ambil masa yg lama sbb busy ngan hal sekolah, hihi XD

Anonymous said...

ehe, sama lah tu, blog saya juga ditinggal karna ada deviantart ~ bila tengok lukisan dulu-2 macam nak buang lah lukisan tu.. buruk sangat. masa ni saya belum ada tablet, susah gila nak lukis apa-2 !

Vanila98 said...

@Sootus

huhu, kan kan kan XD lukisan lama-lama dulu membuatkan saya ingat balik memori di mana saya berusaha nak melukis lagi XD

Chocola said...

waaah,lukisan fiqah comel..
sehabis baca entri ni, teringat 2 tahun lalu,gambar bagai bola bola, bulat semua.. hiks ;(

Vanila98 said...

@Chocola
terima kasih ;D masih dlm usaha untuk mempertingkatkan lagi drawing skill saya~ T^T

Unknown said...

assalamualaikum...
nk tny, ape name tablet yg awk beli tu ehh???
dan harge die skali :)
oh, lukisan nyer mmg COOL !!
(y)

Vanila98 said...

@perahu kertas
Waalaikumussalam, tablet genius berharga RM210 :) Thank you~

Unknown said...

Ada bakat. Ni tgh usaha slow2. Ape pun. Jgn mengalah.