Dec 3, 2012

Memori : First time in Sekolah Menengah

 
Princess Tutu. Serias this anime is the best one for me, but it to sad because it's end with happy ending even it's not happy ending for me. Ahiru become a duck back. Myto end up with Rue/Krahae while Fakir should end up with Ahiru but it to sad Ahiru can't became back into human without the pendant, which the pendant is acctually Myto's hard shard. I suggest you to watch this anime :)
Assalammualaikum (peace upon to you) and hello Earthlings. :D Tahun lepas, saya ada pernah buat entry tentang memori saya masa ambil result UPSR. Ada sesiapa ingat lagi tak? Meh klik sini . Masa ini saya masih belajar melukis, alahai mcm ni ke lukisan aku waktu dulu. Okay, tahun ini pula saya nak cerita pula kenangan masa hari pertama saya masuk sekolah menengah. Kut-kut ada pelajar yang nak tahu macam mana rasanya hari pertama masuk sekolah menengah kan, itu yang saya nak kongsi cerita saya ni. 
Ini saya nak cerita, masa beli baju sekolah menengah dulu. Masa tu agak teruja juga. Dah cepat masa berlalu, tup tup kain sekolah dh warna biru muda. Jeng jeng jeng..... 
Ibu belikan baju saiz besar sikit. Ala maklumlah, saya ni tak lama lagi makin ke tahap remaja. Nanti badan akan cepat naik. So sebagai 'menyediakan payung sebelum hujan'. Ibu belikan baju besar-besar sikit. Nanti tak muat bila pakai nampak bentuk badan nampak 'seksa' pula. Pfft... Tudung tu mmg saya ambil yg besar-besar, tutup dada tutup bahu, perfect. (Tapi tahun ini saya beli kain dekat Jakel buat baju sekolah n tudung labuh)

Dan..... 

tibalah hari pertama saya di sekolah menengah...

Masa hari pertama tu....... 

Ihihiiii,......

serias takut...

Berdebar....

Dup dap dup dap.....

Rasa nak je balik sekolah rendah....

Tapi dah terlambat.....

Redha je lah.....
 


Memandangkan saya dapat 3A2B. Jadi saya ditempatkan dalam kelas 1PK1. Kelas kedua sebenarnya kelas tu, tapi jadi kelas ketiga, sebab budak yg dapat 5A dan 4A1B ramai so terpaksa dibahagikan dua kelas. Oh ya.. lupa nak cakap, saya bukan pelajar sekolah asrama,...
Masa hari pertama saya menjejaki kaki saya ke dalam sekolah menengah ni, waktu tu saya nak beli buku sekolah. Agak janggal, masa beli buku sekolah ada beberapa pelajar tengok saya, masa ni tak silap saya mereka still SPM... kuuuuuuuuuuuuttt... Diaorang pandang saya maybe saya comel la kut *tangan ke dada mata ke atas* Pfftt.. k perasan gila... Sorry  (●´3`)~♪ 

Masa hari orentasi, dimana pelajar tingkatan satu perlu datang ke sekolah bagi mengambil buku sekolah, taklimat, fail-fail peribadi n sebagainya. Saya duduk sebelah Shazwani a.k.a Wani.
Dia memang peminat susah mati kpop. Tapi sekarang dah tak dah. Masa dia minat kpop dulu. Banyak poster yg dia kumpul. Saya kenal kpop ni dari dia lah. Bukan main fangirling lagi dia. Ihihi,... Tapi dia dah pindah dah, sedih, rindu benar dekat dia (ノ´д)ノ 

Masa dapat buku teks. Agak suprise juga. Sebab lagi banyak daripada buku teks sekolah menengah. Ditambah lagi dengan novel bahasa melayu, buku yang mengandungi beberapa cerita bahasa inggeris dan bahasa melayu. Ada juga baca novel yang bertajuk...... Ahahaha lupaaaaaaa!! Tapi dia kisah pasal seorang budak dari kuturunan orang asli yang bersunguh-sungguh nak ke sekolah. 
Bila baca, nanti akan ada istilah apa itu Metafora, Inversi, Aliterasi, blablabla dan sebagainya.... So kepada penduduk bumi yang bakal menaiki tingkatan satu. Bersedia lah andaaaaaaa. Tak adalah susah pun. Bagi saya senang je sebab saya dh hafal, hihi. Contohnya Metafora, yg bermaksud perbandingan yang mengandungi dua kata, satu abstrak dan satu lagi konkrit... 
Masa tu, saya dapat ramai kawan. Pada mulanya kami malu-malu nak berkenalan. Entah bagaimana, makin hari makin akrab persahabatan kami. Ramai rakan yang saya berkenalan masa tu. Antaranya Najwa (best friends saya pada masa kini) dan Intan, tinggi orangnya dan boleh jadi model ni. Beside, dia memang pandai lilit-lilit pashamina dan selendang. ( ´・ω・`) 
Bukan itu je, ada juga kawan-kawan baru dari kelas lain yang saya berkenalan. Antaranya Alia dan Wayidah. Dekat rumah Wayidah banyak gila buku latihan. Dia pandai orangnya. Jelez saya. Alia... dia mini gangster kid. Suka cari pasal bila bosan dengan saya. Dia kecik orangnya tapi ada hati nak lawan saya yang tinggi ni. Cewah... p/s: Alia jangan marah bila baca entry saya ni ya. Ihihihihi.... (Habislah saya, bila bukak sekolah nanti mesti kena 'serang') ♪(* ̄ω ̄)v

Tapi adalah juga kawan dari sekolah rendah yang still sama sekolah dengan saya. Syafikah dan Shazlin. Syafikah ni ibarat 'kembar' saya. Nama pun sama, tapi nama saya Shafiqah manakala nama dia Syafikah. Kami ibarat kopi dan susu, saya putih dia hitam manis. Hehe. Shazlin... dia 'kembar kedua' Syafikah. Kembar pertama dia, Najwa. 
Lupa pula nak cerita. Di sekolah menengah, masuk je tak lama kemudian dalam bulan Febuari. Tawaran dibuka untuk murid tingkatan satu untuk menjadi pengawas. Soooooooo... saya apa lagi. Rebutlah peluang ni. Alhamdulillah dapat, until now I be the prefect :) Tapi dengar cerita pengawas naik sesi pagi tugasan dia agak berat. Hmmm... Berdebar-debar saya nak hadapi ni sebab saya form-3-to-be (*≧ 3≦) 

Bila jadi pengawas, ada sesetengah sekolah pengawas baju warna krim. Ada yang warna hijau. Kenapa eh? Sekolah saya memang warna biru. 
Tag Pengawas. Wajib ada. Waktu jadi pengawas saya ada dapat. Dan sampai sekarang masih lagi simpan. Hehe, tapi kebanyakkan kawan saya punya ada yang dah hilang. Ngeee... Lagi pun tak ada tag Pengawas tak apa juga. Tapi sebenarnya bawa peranan penting, kalau hari Rabu dan Hari Jumaat nak pakai uniform atau baju putih, hanya pengawas yang masih ada name tag ini je yang boleh pakai. 
Insya Allah, saya akan berusaha menjadi pengawas yang baik, bersama membenteras pelajar yang melanggar peraturan sekolah, Yeah!! ヽ(・∀・)ノ *tetiba, LOL* 


Ahli Jawatan Kuasa pengawas tingkatan 1 merupakan Azri.. Dia tegas orangnya, memang layak jadi ketua kami. 
Okay terasa diri ni jahat pula. Hehe... Gurauan semata-mata, hehe, jangan marah ya Azri. (*_ _) 

Kesimpulannya, pelajaran sekolah menengah tak adalah susah. Kalau kita fokus betul-betul Insya Allah dapat fahami. Macam sekolah rendah juga sebenarnya, anyway, 2013 saya PMR. Kalau boleh memang nak dapat straight A. Sbb UPSR tak dapat, so nak usahakanlah dapat A lurus dalam PMR. Insya Allah :) Nanti lepas PMR, kena belajar add math pula.. Ok maybe agak susah sikit,.. tapi kalau ada yang boleh tempuhi cabaran ini. Kenapa kita tak bolehkan? :) 
So... sampai disini sahajalah ya. Hehe :) Ok babai~ *lambai tangan ヽ(`∀´)ノ 

OMG OMG OMG OMG Ahad ni episod baru Boboiboy....!! Ahahahaa serias tak sabar gilaaaa! (≧∇≦) Dan ada pertandingan Boboiboy yang baru :D Yeahhh~ ada peluang ni TT^TT

Dec 2, 2012

Download Game : Ib


Assalammualaikum~ and Hello Earthlings :) 
Ada kawan tanya macam mana nak download game 'Ib'
Okay... Sebelum tu nak introduce dulu game ni pada korang semua.


545588_286849834749278_1091627351_n_large
About Ib

Ib, sebutannya 'Eve' atau 'Ib'. Merupakan satu permainan seram. Seorang gadis berusia 9 tahun bernama Ib datang ke sebuah misium untuk melihat galeri lukisan bersama ayah dan ibunya. Sementara ayah dan ibunya melihat-lihat lukisan yang ada di dalam galeri itu, Ib berjalan bersendirian di dalam misium. Waktu tu Ib ada lihat satu lukisan, nama lukisan tu World of ???? (You don't know this word). Entah bagaimana, tiba-tiba je lampu jadi malap. Dan dia menyedari semua orang sudah lesap. Termasuk ayah dan ibunya. Ib cuba cari jalan keluar, perlbagai cabaran yang Ib tempuhi, antaranya dikejar oleh Red Lady from the Potret, Blue Lady from the protret, Kepala Patung dan sebagainya. Sampailah dia terjumpa Garry. Garry juga tersesat dalam misium tu. Oh ya.





Download Here : LINK

Game ini, bagi saya, bolehlah best, masih on the way nak habiskan.
Tapi agak seram juga, sebenarnya tak seram, cuma mengejutkan, terkejut gilalah. Contohnya macam Red Lady from the Potret. Tiba-tiba je keluar, serias terkejut TT_TT

Antara Printscreen Game :


Watak yang ada dalam Game ni ialah Ib, Garry dan Marry. Ib dan Garry memang seorang manusia. Tapi Marry... Don't trust her.. Seriasly... Dia sebenarnya daripada lukisan, dia nak keluar daripada dunia lukisan tapi nak bunuh Garry. 



Diaorang ada nyawa, nyawa mereka berbentuk bunga ros. Ib punya warna Merah, Garry warna biru dan Marry punya warna kuning. 


Masa ni seram! Muahahahaahahahahahaaaaa......!! 


Dec 1, 2012

Freebies Background : Cat with Stripes


Hm.. Maybe klau episode ni dalam english dub, kacang akan ditukarkan kepada kek. Ye lah. Sebab masa tu Gopal ada kata "Kacang (senang) je ni" nanti dlm english ver mesti Gopal akan kata "Just easy like piece as cake" Peribahasa bahasa inggeris.

Assalammualaikum And Hello :)
Dah lama saya tak buat freebies, hehe...
Sooooo.... ini ada lah beberapa sikit background kalau ada siapa siapa nak :)

http://imgur.com/3Yffy

http://imgur.com/7LpvJ

http://imgur.com/JTKak

http://imgur.com/6PMWQ

http://imgur.com/l4AIG

http://imgur.com/RJsTw

http://imgur.com/osVsU

http://imgur.com/ffNan

http://imgur.com/20TBZ

http://imgur.com/IOoh6

Okay, Have to go now :)