May 19, 2012

Got a new hamster

Need to buy a big cage for them

"To happy because my owner buy a big cage for us!"


Assalammualaikum :)

Ce wah, sempat lagi update walaupun esok exam ya. Esok exam KH, lalalala~ Kalau boleh, jujur nak cakap saya nak masuk kelas 2PP, hehe, kelas 2PK1 ramai yang bising. Geram betul

    I just bought this hamster last Thursday. Dekat je dengan sekolah, tapi rasa menyesal pula beli, bukan apa, teringin nak beli masa mereka kecil-kecil. Heee, Kalau beli yg dewasa ni mcm lain pulak. Dulu saya selalu beli hamster waktu mereka mcm masih kanak-kanak lagi. Ini dah dewasa punya. Tapi tak apalah, mereka ni belum kenal saya sangat lagi. Ye lah, kalau hamster baru, mereka ambil masa untuk mengenali keadaan sekeliling. Seronok tengok mereka main bola pusing-pusing tu. Comel ^____^

    Nama? Oh yang betina warna coklat tu namanya Koko, yang jantan bulu warna putih-putih tu Latte. Haha, hamster saya semua punya nama berasaskan nama perisa aiskrim. Dulu masa 2008, hamster saya namanya Chocolate and Vanila. Bila 2010 pula, yang baru namanya Bananan n Strawberi. Lalala~ Tapi yang semua ni dah mati :( Yang ini yang baru la ^___^ Jantan n Betina.

    Kena jaga baik-baik, Hehe. Lagi pun makanan hamster ada lagi. Bagi kuaci je, kadang2 bagi la lobak ke, sayur-sayur ke, ayam rebus ke. Biar kasi gemuk~


    Hamster ni jenis je tikus, tapi pembersih orangnya, eh... silap, pembersih haiwannya...  Letak la habuk dia tu, klau nak bagi wangi letak habuk perisa epal. ehh.. perisa epal? Bukan perisa tapi bau epal. Heee~  Sangkar dia biar la besar sikit. Kalau hamster korng jenis besar, beli la besar punya, kalau kecik sikit tu suka hati la. Heee. Kalau beli sangkar, saya syorkan beli dekat Pasar Malam tau, Jangan beli dekat bandar. Sebab beli dekat bandar, Rm40 pun tapi kecik je. Nasib baik saya beli dekat pasar malam, harganya RM40, murah dan besar pula tu :D Saya beli sangkar ni pun guna duit belanja sekolah saya je. Yang hamster tu ayah belikanlah.

4 comments:

KittyKaina said...

Ala tomel-tomel..... jaga elok-elok tau. Teringin juga nak bela haiwan tapi kalau rumah selalu bersepah tak ada gunanya.....

Fiqah, KH ambil kelas apa?

Fiqah Yassin said...

@KittyKaina

:D Perniagaan n Keusahawaan :D Humairah pula? :D

KittyKaina said...

@Fiqah Yassin Kemahiran Teknikal. (Kelas Bahasa Arab cuma diberi 2 pilihan. ERT atau KT. Saya tak berapa nak minat sangatlah dengan ERT ni...)

ShyStar19 said...

cute!! ♥