Assalammualaikum dan Salam Sejahtera~
Lama tak update blogger, selalu zaman PMR aktif blog, sejak masuk asrama kolej ni sudah jarang ber-blogging. Huhu, maaf atas kekangan update.
Tahun 2016, tahun ketiga saya berada di alam kolej. Kemudian tahun depan graduate sudah, cepat masa berlalu~ Tahun ni masa padat sikit, untuk membuat persiapan sebelum menghadapi FYP (Final Year Project) semester 7 & 8.
Semester 6, kami ada diberikan tugas FYP juga, iaitu subjek Character Illustration Props & Design dan Character Animation In-between Effects / Objects. Untuk subjek Character Illustration Props & Design, kami ditugaskan untuk membuat watak haiwan + manusia, saya buat watak warrior cat. Pedang warrior cat ni inspirasi daripada pedang Dragon Nest.
Manakala subjek Character Animation In-between Effects / Objects pula kami kena animate-kan watak tadi berjalan dan berlari di atas air, di mana kami lukis efek air pada kakinya. Kerja tu dalam bentuk video, jadi saya tak share di sini.
Selain itu, kami diberikan tugasan untuk membuat 2D Line Animation selama 4 minggu, membuat line animation setiap seorang dalam kelas selama 7 saat, kemudian gabung dengan kawan-kawan kelas lain (compile jadi satu video) >LINK VIDEO 2D LINE ANIMATION<
Jadi padat sikitlah kami untuk menyiapkan kesemua tugasan ni. Macam-macam perasaan ada. Gemuruh, nangis, suspend, stress dan lain-lain. Lepas exam berlangsung, batch kami 98 dibawa lawatan ke Animasia Studio!
Macam-macam pengalaman menarik yang kami dapat. Animasia Studio merupakan pembuat animasi Kampung Boy dan Super Strikas. Tambahan itu Animasia Studio juga bekerja dengan studio animasi luar membuat kartun lain-lain, salah satunya ialah Harry & Bunnie.
Lagi setahun untuk saya dan kawan-kawan batch 98 graduate~
Good luck untuk kita semua~
No comments:
Post a Comment