Dec 20, 2016

Comic Fiesta 2016



Comic Fiesta kembali lagi~

Event yang saya nanti-nantikan setiap tahun, sebab masa event ini lah saya berpeluang jumpa kawan-kawan internet dan kawan-kawan artist lain~ Turut cosplayers characters yang saya minat~ :D

Tahun ni merupakan kali pertama saya buka booth di event. Masa pendaftaran booth buka tu, bila daftar managment artbooth department comic fiesta kata permintaan kami in hold katanya, tup tup Alhamdulillah dapat hihi.

Bila buka booth ni banyak aih pengalaman dan cabaran. Saya ada buka live commission, walaupun style lukisan saya biasa-biasa, happy sangat ada berminat nak upah saya lukis original character mereka, terima kasih banyak-banyak~ :D 


Booth pada Day 1

Booth pada Day 2


Antara barang-barang yang di jual~ 

Tahun ini saya target nak libatkan diri sertai 100 days countdown untuk event Comic Fiesta, dan yeashh dapat juga! XD Lukisan saya di-print kemudian di tampal di dinding hall Comic Fiesta yayy~ 



Tak banyak pula bergambar dengan cosplayers character tahun ni huhu  |・ω・`) 

Felix dari Re-Zero 

Cosplayer Fang & Kaizo

Saya, Kak Dini dan Yaya~ XD (Fatnin)

Dapat pun jumpa Kam Shark aka Wan Kamalia~ :D Dia tembam tembam comel hihi

Kak Ain Hafizah~ Kenal nama dia dari illustrator Ain Maisarah


Art Trade dengan Nurmaslifa~ :D 

Gambar credit pada Humaira


Thank you for all lovely memory~  (^ _ ^)/  

Dec 12, 2016

Tahun ketiga di kolej


cat, animal, and cute image

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera~

Lama tak update blogger, selalu zaman PMR aktif blog, sejak masuk asrama kolej ni sudah jarang ber-blogging. Huhu, maaf atas kekangan update.

Tahun 2016, tahun ketiga saya berada di alam kolej. Kemudian tahun depan graduate sudah, cepat masa berlalu~ Tahun ni masa padat sikit, untuk membuat persiapan sebelum menghadapi FYP (Final Year Project) semester 7 & 8.

Semester 6, kami ada diberikan tugas FYP juga, iaitu subjek Character Illustration Props & Design dan Character Animation In-between Effects / Objects. Untuk subjek  Character Illustration Props & Design, kami ditugaskan untuk membuat watak haiwan + manusia, saya buat watak warrior cat. Pedang warrior cat ni inspirasi daripada pedang Dragon Nest.





Manakala subjek Character Animation In-between Effects / Objects pula kami kena animate-kan watak tadi berjalan dan berlari di atas air, di mana kami lukis efek air pada kakinya. Kerja tu dalam bentuk video, jadi saya tak share di sini.

Selain itu, kami diberikan tugasan untuk membuat 2D Line Animation selama 4 minggu, membuat line animation setiap seorang dalam kelas selama 7 saat, kemudian gabung dengan kawan-kawan kelas lain (compile jadi satu video) >LINK VIDEO 2D LINE ANIMATION<

Jadi padat sikitlah kami untuk menyiapkan kesemua tugasan ni. Macam-macam perasaan ada. Gemuruh, nangis, suspend, stress dan lain-lain. Lepas exam berlangsung, batch kami 98 dibawa lawatan ke Animasia Studio!


Macam-macam pengalaman menarik yang kami dapat. Animasia Studio merupakan pembuat animasi Kampung Boy dan Super Strikas. Tambahan itu Animasia Studio juga bekerja dengan studio animasi luar membuat kartun lain-lain, salah satunya ialah Harry & Bunnie.

Lagi setahun untuk saya dan kawan-kawan batch 98 graduate~
Good luck untuk kita semua~



Mar 9, 2016

5 tahun menanti Boboiboy The Movie!



caramel, food, and popcorn image


Salam Sejahtera kawan-kawan.


Pada 27 Febuari lalu, saya berpeluang tonton cerita Boboiboy The Movie sempena tayangan awal di IOI Putrajaya~ :D Alhamdulillah, terima kasih buat Kak Fatin sudi temankan  ヾ(^∇^)

Rasa teruja hooooooo bila nak tengok Boboiboy The Movie ni! 5 tahun menanti sejak umur 13 tahun lagi :D Banyak babak kejutan dan banyak perkara yang tak disangka-sangka berlaku!! ヽ(;▽;)ノ



Dan yang paling teruja sekali, saya berpeluang untuk berjumpa dengan para suara pelakon Boboiboy! Adik Fathiah, Adik Fathi, Kak Yap Ee Jean dan yang terbaru, pelakon suara Bora Ra, Encik Azman, dan paling istimewa sekali, Pengarah Boboiboy iaitu Encik Nizam Razak!  
(((o(*゚▽゚*)o)))  But didnt have chance to take photo with them.

But manage to take group photo~ 
Thank you Kak Hannan for le picture~

Masa nak masuk pawagam, ramai budak-budak ceria nak tangkap gambar dengan maskot Boboiboy, saya pandang dari jauh sebab tangan penuh.



Pen 3D Boboiboy Blaze & Ais, Topi dan Poster. 
Jam tangan Ochobot saya dapat sempena menang giveaway~


Review Saya ~

1) Peningkatan kualiti animasi :  Tahun lepas sepanjang semester 3 dan 4 saya banyak belajar pasal 3D (model, texture), VFX, dan camera. Jadi, bila tonton movie ni memang saya pandang banyak segi, seperti texture model robot yang berkarat, texture baju dan exgration animasi. Memang mantap dan banyak peningkatan Masya Allah, teruja tengok! Dan yang paling saya suka ialah aksi pergerakkan kamera! Maaf, saya budak animasi jadi banyak benda saya lihat  (*≧▽≦)ノシ)) 


2) Jalan cerita : antara tema cerita ni ialah Semangan Setia Kawan. Jalan cerita penuh menghiburkan, sedih, dan lucu. Lagi-lagi babak Adu Du jatuh hati pada Ki Kita, Alo lo omey XD Dan dan ada watak baru satu niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii yang yang yang bebbbbbbbbbbbbbbbb spoiler nope nope XD ada beberapa watak yang buat saya teruja dan saya dapat lihat movie ini berjaya dibangunkan bila adanya watak-watak baru yang-- mcm timbulkan lagi cerita ni, aaaa susah nak cakap u


3) Debaran : Jalan cerita ni banyak bagi debaran pada saya dan menanti apa yang akan terjadi. Dengan campuran sound effects dan muzik latar belakang bertambah lagi kejutan dan debaran dasyat.



Boboiboy Movie mengingatkan saya pada memori saya sepanjang 5 tahun saya jadi peminat Boboiboy~ Lagi-lagi pada persahabatan antara Ochobot dan Boboiboy. Tahu tak betapa sayangnya Boboiboy kepada Ochobot? Dari episod 1 musim 1 hinggalah sekarang.


Sabtu lalu di Alamanda ada acara Boboiboy bersama Yeogurt. Saya tak datang, terima kasih Adik Qin Faleen untuk pemberian kotak minuman ini!


Sekian, apa-apa pun semoga Monsta terus maju untuk bangunkan lagi Boboiboy!
Insya Allah selagi panjang umur akan setia jadi peminat Boboiboy~! :D

Terima kasih Kak Fatin atas jemputan dan bagi tumpang kereta ;w;
Jazakillahukhairan~


Feb 22, 2016

Bengkel Sweet and Tasty


birthday, b'day, and candle image

Pada 20 Febuari, Sabtu. Pihak kolej KRU Academy telah mengadakan program Bengel Sweet and Tasty. Bengkel ini untuk mengajar pelajar cara pembuatan cupcake dan donut.




Ini pertama kali saya jadi pengarah program (ketua) TvT
Alhamdulillah dengan bimbingan Ustazah Akma dan AJK yg terdiri daripada kawan-kawan senior, program ini dapat berjalan dengan lancar. Walaupun ada perkara-perkara yg berlaku masa saat akhir T_T

Honestly, memang saya tak suka benda yg perlu dibuat masa last minute.




Program ini dijalankan oleh senior. I mean batch 98 la ehe.

Kami menjemput Sir Faizal dan Puan Farah sebagai tetamu jemputan untuk jadi chef. 
Pagi kami buat donut, petang buat cupcake.




Waktu buat cupcake, bahan acuan cupcake group saya rasa masin pulak, jadi kami tambah susu pekat banyak sikit. Alhamdulillah turn out well di mana lepas masak di oven, dapat jadi.

Me, Hanan, Afif, Ammar, Daus, Aizaq and Arief



Feb 1, 2016

Step by Step : Langit


This time, I would like to share how I draw :D
I draw my original characters, Dhafiz and Mutiara (Fizzu & Tia) crossover with Black Rock Shooter and Shingeki No Kyojin style.



I use Paint Tool SAI for draw, and Photoshop for editing.









Jan 21, 2016

Dua Ribu Enam Belas




Assalammualaikum and Hello readers.
Sorry so much for less of update T_T

Sekarang, saya dah masuk sem 5 berada di kolej KRU Academy ni. Semester 5 sebenarnya sudah jadi DVM 1, iaitu peringkat diploma. 4 semester sebelum ni merupakan peringkat pra-diploma.



Sekarang saya sudah pun dapatlah beberapa assignment T_T Tapi tak apa Insya Allah boleh. Honestly saya lagi suka assignment melibatkan kerja seorang diri daripada berkumpulan :I Tapi tak apalah, kalau kerja berkumpulan ada faedahnya ada tidak, Faedahnya? Dapat idea dari ahli yang pelbagai bentuk, Tak faedahnya? Ahli itu buat kerja ahli ini tak buat kerja :/

Assignment yg saya dpt ni seperti Storyboard, Character Design, dan sebagainyalah. Proses kerja saya mungkin tak akan kongsikan,................ selagi tidak siap :I Maaf~

Oh ya, kami sudah pindah ke bangunan baru kolej, lebih besar.



Selain daripada buat assignmennt, saya juga ada buat lukis lukisan untuk sendiri-sendiri. Dan saya ingat akan buka tempahan untuk comission UvU Bukan sekarang, bila sudah siap kerja nantilah QwQ