Feb 17, 2013

Perancangan Masa Hadapan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. My first post for this year.
Minggu lepas punya minggu lepas. Pengetua sekolah saya ada masuk ke kelas saya untuk ajar mata pelajaran sivik. Beliau jarang masuk, jadi minggu lepas dan hari ni beliau tak masuk. Meeting katanya. Masa itu cikgu ada tanya. Apa nak jadi pada 10 tahun akan datang. 10 tahun? Time tu kami dah 25 tahun.


Cikgu suruh buat peta minda, apa nak buat pada tahun 2013? 
Kami PMR...

2015? Kami SPM. 
2016? Kami nak masuk universiti/kolej. Universiti apa? 
2019? Kerja. Kerja apa?

Peta minda saya tu nanti saya update...



Cikgu tanya beberapa pelajar. Nanti nak kerja apa? Ada yang kata nak jadi Usahawan or Ahli Perniagaan. Ada yang nak jadi doktor dan sebagainya. Dulu saya selalu fikir nak jadi apa bila besar nanti. Masa saya sekolah tadika, saya pernah berangan nak buka kedai kek. Tak tahu kenapa dulu saya suka nak cuba buat kek. Mungkin sebab dulu ibu selalu bawa saya ke kedai kek.

Selain itu, dulu masa saya sekolah tadika. Saya suka tonton kartun. Macam-macamlah kartun yang saya tengok. First kartun Jepun Anime yang saya tengok ialah Princess Tutu. Hehe. Saya suka tengok mereka menari.

Sejak saya suka tengok kartun, saya cuba lukis kartun-kartun yang saya pernah tengok, tak ada kertas A4. Jadi saya lukislah kat dinding rumah.




Masa itu, saya lukis je. Tak tahulah ibu atau ayah saya marah ke tak. Ehe, kesian ibu dan ayah saya, mesti penat nak hentikan saya daripada melukis di dinding rumah. Nasib baik mereka ada anak seorang je. Jadi sebagai penyelesaian masalah ini, ayah saya pun belilah satu paket kertas A4 untuk saya melukis. Kesian ayah saya, mesti penat nak cat balik dinding-dinding rumah, Hehe. Sorry, Ayah.


Kemudian, saya pun fikirlah kendalan atau bakat apa yang ada dalam diri saya. Melukis. Nak jadi pelukis ke? Macam pelukis yang melukis muka orang dan pemandangan? Tak. Saya tahu lukis kartun je. Jadi saya pun terfikir, pelukis komik? atau animator kartun? Yeaaah~ 


Kemudian, saya pun mengambil keputusan untuk bercita-cita jadi animator kartun......atau pelukis komik. Maybe? Kawan saya kata, saya ada potensi jadi pelukis komik. Cewaaaahhh. Kadang-kadang pada waktu cuti sekolah ada juga saya buat komik. Tapi saya tak publishkan di facebook mahupun deviantartlah. Sebab malas. Ohohohoho.

Kemudian saya pun berfikir, mungkin bolehlah fikir pasal cita-cita ni lepas PMR. Lepas PMR dah boleh nak haluan mana-mana dah. Tasawwur? Sains? Matematik? lalalala~ Fokus masa study tu paling penting. Even kadang-kadang masa sains tak boleh nak fokus. Bila cikgu cakap lain ada je yang fikir lain....


Nanti lepas PMR nak fikir pula, lepas SPM nak masuk universiti mana~ Luar negara? Luar negeri?


Rasanya dalam negara je... Keluarga saya sederhana je... Tak adalah sampai luar negara macam dalam novel... Kawan ada cadang masuk Universiti Al-Azhar dengannya satu hari nanti. Universiti tu jauh di Mesir. Dan kemudian kena pakai purdah. Uhuhuhuhu~ Teringin nak cuba pakai purdah, ibu kata saya kecil lagi. Pakai tudung labuh dulu.



Kemudian, saya pun fikirlah Universiti yang terdekat. Universiti Islam Sains Malaysia? Ayah suruh saya jadi doktor. Aaaaaa..... Saya cubalah kata nak jadi animator kartun. Doktor di Malaysia dah banyak dah, Malaysia perlukan animator pula. Ehehehehe~

Dan saya pun fikir, Universiti Multimedia,Cyberjaya? Tempat di mana pengasas Animonsta, Mr. Nizam belajar dulu~ Yeaahhhh Insya Allah. Sebelum pilih-pilih nak masuk universiti apa. Saya tanya orang yang sudah makan garam dulu sebelum saya.


Yeaahhhh Kak Nur~ XD Kami tak pernah jumpa. Cuba berbual di alam maya sahaja. Dia berumur 4 tahun lebih tua dari saya. Jadi saya tanyalah dia dulu.

Semasa buat peta minda dengan kawan-kawan, ada yang kata nak kahwin. Amboi... dah gatal naaa~ Saya cuba tanya kawan saya, calon suami nanti nak macam mana? Ini antara jawapan yang saya dapat...


Mereka kecil lagi, biarlah mereka, termasuk saya. Haha... Cikgu ada suruh tulis tahun keberapa kami nak kahwin.... Saya tanda pada tahun..... dua ribu dua puluh... entah... lupa... Nanti saya check balik.

Cikgu ada kata lagi... kalau perempuan nak kahwin awal amat digalakkan. Kalau lelaki susah sikitlah, mungkin dalam 27 tahun,baru boleh. Sebab kalau lelaki nak kahwin, bermakna dia akan jaga anak dara orang dah, jaga anak-anak, jaga keluarga, tangungkan dosa-dosa isterinya... kata cikgu saya tu...

Kawan perempuan dah tersengih dah. Saya? hmm, kahwin lambat lagi, jadi malas nak fikir, yang penting bakal suami saya dia merupakan seorang lelaki, tu je... Ye lah, takkan perempuan kut? Haish,... dan boleh bimbing saya didunia dan diakhirat (ce wah ayat).

Yang penting belajar dulu, banggakan ibu dan ayah. Sebenarnya senang je nak hafal pelajaran ni. Contohnya sains, saya adalah cuba lukis beberapa gmbr rajah dalam buku teks tu.


Kalau kauorang nak copy dan print ambillah ^____^ Saya bagi free, ehehehe~
Yang penting... belajar dulu, baru fikir tentang nak masuk Universiti mana,... dan kerja.. dan kahwin. Haha k sekian. :D




19 comments:

Unknown said...

Omeyyynya lukisan tuuu .
Tahun ni nak ambik PMR ke? Sama lah kita :)

Yuuyaa 。◕‿◕。 said...

wahh! minat kita sama lah :DD gudluck PMR nnti ea ?^^

zlk said...

Comelnya lukisan akak~! XD

Nur said...

waaaahhhhh perancangan masa hadapan~! XD
teruja baca Fiqah punya~! dilema nak pilih cita2! XD akak time baya Fiqah pun mengalami dilema ni... tak tahu nak jadi apa, nak kerja apa, nak masuk universiti mana...hanya fokus pada pelajaran je,
tapi time tu minat giler ngan anime~! (lagi2 Vocaloid2 keluar time tu XD) so akak letak je cita2 nak jadi animator... haha! >w< sivik sivik... boleh pula tanya soalan ni! kena buat peta minda pulak tu! XD
And then lepas pmr nak masuk form4 pula kena pilih aliran... aduhai! dilema lagi! time ni masih lagi tak tahu nak jadi apa... then akak masuk je science stream dan akak nak add seni~! tapi gpk tak kasi pulak! huhu dapat add prinsip akaun...bolehla sbb masa f5 akak dpt drop bio~! XD haha! tak suka bio XP (tapi kalau Fiqah nak jadi doktor wajib ambil bio tau~!)
Time f5 kartun baru animasi Malaysia keluar~! BoBoiBoy~! Allahmygod! serius akak jatuh cinta ngan animasi~! (*≧m≦*)9 betul ke ni buatan Malaysia? smooth je animasi nya~! sukanya~! and then akak search semua fasal BBB and terjumpalah kebanyakkan diorang dtg dari MMU!
SO! XD lepas spm akak pilih nak masuk MMU nak jadi animator~ tak kisah lah dpt kerja bahagian apa, asalkan berada dalam industri animasi~! (>v<)/

eh eh panjangnya! sorry sbb dah buag masa Fiqah baca benda tahpape ni... kesimpulannya akak decide nak masuk uni mana dan kerja apa semua lepas spm XD sebelum spm fokus pada study je...haha
harap Fiqah boleh buat keputusan sebelum spm supaya ada motivasi utk study =D itu sahajalah insyaAllah~

p/s: lawa Fiqah lukis OC akak~! tak nak warnakan? XD //kenatendang
dan gmbr sains tu tergelak di buatnya! boleh pulak brofits! lololol

Vanila98 said...

@Nur Adila

Yeaaah~ Good Luck for awak! :D And Thank you XD o(≧▽≦)o♪

Vanila98 said...

@Yuuyaa 。◕‿◕。

suka melukis juga yaaa? (`・ω・´) Samalah ^_^

Vanila98 said...

@usa-maro

Jazakillahu khairan~ :D

Vanila98 said...

@Nur

Yeah XD kan kan, agak delima sikit, tapi bulan 12 lepas dpt result lah baru fikir dulu =3=)~ Thank you for sharing you experience :D :D :D Ehe, ingat nak ambil bio juga, saje-saje balajar for fun untuk mengetahui organ badan manusia. Saya ingatkan Boboiboy itu Les Copaque' punya, masa tu tak minat pun, ada tngok iklan Meet Boboiboy, tapi time ni tak 'jatuh cinta' pada amasi ni lagi, smpailah tak tahu nak tengok kartun apa di tv, tngok bbb je terus minat :D and saya ingatkan Boboiboy ni kartun orang arab yang telah di translatekan ke bahasa melayu, sebab ada watak Yaya bertudung XD XD XD XD

Insya Allah saya akan usaha jadi animator juga ゚ヽ(´∀`。)ノ゚ MMU ada dua kan? satu di Melaka dan Cyberjaya, pada mulanya ingatkan MMU di Melaka, itu yg ayah tak bagi sbb jauh (susah nak lepaskan anak tunggal dia, tsk tsk) XD Rupanya di Cyberjaya pun ada, jadi ayah pun bagilah ^0^ Tak apa, panjang lagi best baca komen akak XD Thank you again for sharing your story ;D dapat motivasi sikit, hehe XD

p/s: Ehehehehehe XD XD XD saya sketch atas kertas guna pensel tekan je, tambah shadow je XD Brofits? Ye lah sebab Artery, Vein and Capillary kan 'best friends' (´∀`) XD

Fara_nym | Hyoukurona said...

wah!! nanti kalau Fiqah masuk universiti multimedia Fara kan datang nak jumpa fiqah lepas sekolah! >.< jalan kakaki je gi U tu! kan sekolah kat SMK Cyberjaya >.< Fara pon Rasa nk masuk situ! hihihi Insyaallah

Vanila98 said...

@Fara_nym (Isnym)

Insya Allah kita boleh jumpa ;D Ehehe, dekat je tu, klau ada rezeki Fara masuk la juga MMU ya ;D :D

I'O said...

good luck sayanggg

Vanila98 said...

@I'O

thank you ;D

said...

comel gila lukisan kau shafiqah <3 i love this post ohohoho

Vanila98 said...

@

Eh? Terima Kasih~ :D XD

atin said...

bestnyer baca post ni.. PMR? samalah kita :)

taha al junaid said...

I FOLLOW YOUR BLOG,YOU FOLLOW ME BACK OK?

Vanila98 said...

@fatin alyaa

yeah~ sama-sama kita berusaha ya ;D

hime s said...

cute :) masa akak kecik dulu pun nak jadi animator/kartunis, sebab abang2 akak amik film & animation kat mmu cyberjaya. tapi ayah x bagi so after spm akak amik engineering and stop melukis. skarang baru nak start balik, kawan2 yg sama2 melukis dulu ramai dah jadi kartunis & animator.

jangan sekali2 stop melukis, walaupun satu hari nanti mungkin jalan hidup berubah, tapi minat yang satu tu jangan sekali2 tinggalkan. all the best :)

Nurdiana Aniff said...

Hebat..lukisan memang comel... Ada bakat