Kagamine! ヾ(*´∇`)ノ They're not twins. They're mirror images.
LOL. Mesti hangpa confuse kan?
Assalammualaikum penduduk bumi sekalian! Lamanya saya tak update blog. (*´・v・)
Ya~ Pada 10 Oktober yang lalu saya sudah bebaaaaaaaassss XD PMR dah habis wuuuuuuuuuu! Jadi sekarang ni saya banyak buat aktiviti melukis dan buat kover lagu je lah. Saya post lukisan dekat facebook dan deviant art selalunya. Oh ya, kawan sekolah ada request untuk buat tutorial melukis. Boleh je~ Insya Allah saya akan buat tutorial melukis memandangkan saya dah habis belajar~ (buat sementara je, hahaha).
Sebelum tu, bagi yang belum tahu, saya melukis guna tablet drawing + laptop. Seperti pada gambar ni, gambar zaman bila entah saya tangkap, haha. ヾ(´¬`)ノ
Dan kemudian, saya guna software Paint Tool SAI untuk melukis, dan Photoshop CS5 untuk edit lukisan saya agar nampak faabbbooullluuusssssss macam Levi Heichou masa dia tendang Eren tu.... Eh eh,...
Paint Tol SAI [yang dalam gambar ni ialah Gumi Megapoid dan Azharu Tia]
Photoshop CS5. Dalam gambar ni ialah.... saya versi ilustrasi :P
Kedua-dua software ni ada download link. Nanti saya buat entry. Oh ya, ingat lagi tak entry saya : Pengalaman Nak Belajar Melukis? Pada entry tu saya ada kata tentang download brush untuk Paint Tool SAI. Nanti saya akan ajar juga~ :]
Oh, dan tentang kover lagu~ XD Saya memang ada buat kover lagu, tapi bukan saya yang nyanyilah. Komputer yang nyanyi. LOL. Faham tak? XD Yang nyanyi ialah Vocaloid dan UTAU. Saya tahu, ramai yang tak tahu lagi maksud sebernar Vocaloid dan UTAU ni. Bagi yang belum tahu, jangan malas-malas baca tentang wikia vocaloid dan wikia UTAU ni... Saya buat kover lagu vocaloid dalam versi melayu. Saje je, maaf kalau apa yang saya buat selama ni hanyalah merosakkan lagu je, haha. Serias ni.
Sekarang saya on the way nak sumbit lagu Bad Apple versi melayu. Sebenarnya saya dh sumbit dah pun kat satu laman web ni. Siapa yang stalker saya mesti dah jumpa :P Tapi video lirik je belum lah. Kerja ni saya buat seorang diri je. Haha, tapi lepas ni saya nak minta bantuan kawan-kawan pula, terutamanya masa buat lirik versi melayu. Kalau buat seorang diri risau ada yang tak setuju pula kalau lirik dia lain daripada yang lain (ayat berbelit, haha)... (´ε` ) Anyway, Azharu Tia bukan vocaloid. Dia UTAU. Saya punya UTAU. Nanti Insya-Allah ada masa saya buat entry pasal UTAU ni juga~ ヽ( ̄д ̄;)ノ
Faboulouuuuuuuussss kicckkkkkkkkkk~!