Scene ni! AMG serias awesome gila asdfghjkl
Assalammualaikum~ Waaahhhhh, lamanya dah tak update blog!
Cuti sekolah dah nak habis U____U Akhirnya ada juga masa nak edit blog. Bila tengok blog Ikin dan Fara yang cantik dan dipenuhi dengan gambar Boboiboy. Saya pun nak edit blog juga XD Teringat pula dulu, masa pertengahan 2011. Sejak saya minat Boboiboy, saya pun ada penuhkan blog saya dengan gambar Boboiboy!
Dulu saya rajin edit blog dan ber-blogging. Kemudian, sejak saya sertai deviantart.com. Sudah jarang berblogging dah. Ini pun sejak minat Boboiboy. Sejak daripada itu saya belajar melukis je. Kesian blog ni kena tinggal (≧▽≦)
Jadi saya disini sahaja nak cerita sedikit, macam mana pengalaman saya nak melukis, dari tahun 2011 hinggalah sekarang (・ω・) Saya melukis bukan melukis yang lukis pemandangan dan seumpamanya, tapi melukis kartun ;)
Sebelum saya melukis, dulu waktu kecil-kecil. Saya memang suka melukis, dekat kelas,
Waktu tu, saya melukis. Mak ayah ada puji cantik lukisan, sebenarnya saya tahu, mak ayah saya saja je nak menyedapkan hati saya. Padahal waktu itu lukisan saya sangatlah buruk.
Sehinggalah saya minat kartun Boboiboy. Masa itu ada pertandingan fanartik Boboiboy. Kemudian saya ada lah cuba lukis Boboiboy.
Saya tak jadi hantar yang ini, saya hantar yang lain. Ya saya tahu, terdapat kesalahan warna baju disitu. Lukisan ni tahun 2011 punya. Dimana saya masa tu tingkatan 1.
Kemudian, satu hari salah satu daripada Admin page Boboiboy ada post fanart daripada salah seorang peminat Boboiboy daripada devianart.com. Reaksi saya....
Bila tengok, teringin nak melukis sehebat mereka. Tapi tahukah korang, nak melukis sehebat mereka bukan senang. Bukan nya sekali melukis je dah terus pandai. Tak! Kena selalu practice. =3=
Masa tu saya pun ada buat Boboiboy Taufan fanart juga...
by Vanila98 a.k.a me
Masa ini saya melukis tak guna tablet. Saya melukis pun bukan guna mouse. Saya lukis guna jari XD Bagi pengguna laptop boleh faham maksud saya. Susah gila kut!
Tapi disebabkan nak jadi sehebat kawan-kawan yang lain yang pandai melukis, saya cuba juga! Sampailah pada awal tahun 2012 ayah saya benarkan saya beli tablet~
Kemudian, bila tengok balik lukisan saya yang dulu-dulu punya...
Terutamanya lukisan ni XD Kemudian saya combine-kan dengan lukisan yang baru~
Lukisan Jun 2011. Harharharharhar k buruk gilaaaaa!
Macam yang saya cakapkan tadi, nak belajar melukis bukan senang. Kadang-kadang tu saya ambil inspirasi sikit daripada lukisan kawan-kawan saya~ Kemudian, belajar daripada youtube :)
Kemudian, bila dah belajar semua, kena download brush juga. Brush di paint tool sai bukannya tak berguna, berguna je, tapi nak download brush lain untuk tambahkan lagi kualiti lukisan~
Lupa pula nak cakap, saya melukis guna Paint Tool Sai :3
Korang nak saya buat tutorial macam mana nak download brush ke Paint Tool SAI? ;)
Lupa pula nak cakap, saya melukis guna Paint Tool Sai :3
Ada lagi satu problem..
Kadang-kadang tu, kalau kat sekolah ada je ilham dan idea nak melukis, tapi bila dah sampai rumah... terus hilang or tak ada mood nak melukis. Waktu tak ada mood nak melukis, memang tak boleh melukis, sebab kalau kita paksa juga diri untuk melukis, nanti lukisan tu akan tak jadi seperti yang diinginkan. Nanti jadi lain~
Waktu melukis, kena berhati-hati dan teliti, lukis mata, jari, kening, mulut. Bila bagi kawan kelas tengok, mereka kata okay dah, dah cantik dah, tapi hakikatnya mereka tak perhati betul-betul. Kadang-kadang lukisan saya yang badan kecil kepala besar pun mereka kata cantik.
Dugaan ini buat saya rasa macam nak....
Itulah hakikatnya, nak meng-improve-kan lagi skill lukisan kita bukan senang.
Sebenarnya senang je, saya saje je cakap macam ini sebab nak melemahkan semangat korang, muahahaha.. Ok kejam.
Yang dua orangpembuli atas ini ialah watak asli saya... Yang lelaki saya tajamkan sikit matanya, perempuan pula saya tambahkan bulu mata sahaje.
Hehe, sampai disini sahajalah, bagi pembaca blog ini yang juga nak cuba melukis dan masih baru dalam melukis ni. Satu je perkara yang saya nak pesan, teruskan usaha,ya! :D Jangan berputus asa ^___^ Sebenarnya senang je nak melukis, cuba bergantung pada diri sendiri je nak berusaha atau tidak ;D Good luck!
Sebenarnya senang je, saya saje je cakap macam ini sebab nak melemahkan semangat korang, muahahaha.. Ok kejam.
Yang dua orang
Hehe, sampai disini sahajalah, bagi pembaca blog ini yang juga nak cuba melukis dan masih baru dalam melukis ni. Satu je perkara yang saya nak pesan, teruskan usaha,ya! :D Jangan berputus asa ^___^ Sebenarnya senang je nak melukis, cuba bergantung pada diri sendiri je nak berusaha atau tidak ;D Good luck!