Nov 13, 2012

Be as comic artist

Tumblr_ltipwb795b1qztbdqo1_1280_large
Sugar Sugar Rune~! Comel   ゚ヽ(´∀`。)ノ゚ 
Dah tengok dah cerita dia, cubalah tengok kat youtube :D

Assalammualaikum~ :D Wahhh... Dah lama gila saya tak update blog ni. Update pun hias sikit-sikit je. Terima kasih bagi yang follow blog saya. Dah lama  tak update entry tutorial. Pada cuti sekolah kali ini saya duduk rumah je. Tak pergi cuti mana-mana pun. Dah balik kampung raya lepas, ingat nak balik lagi sebab nanti ada kenduri tapi kenduri ditangguhkan bulan Febuari 2013 nanti. Insya Allah. Jadi saya duduk rumah pun baca buku, melukis dan sebagainyalah.

Kali ini saya nak cerita sikit. Saya memang suka melukis, kadang-kadang tu buat komik. Bagilah kawan baca. Suka tengok respon diaorang lepas baca komik saya. Ada yang gelak-gelak, ada yang senyum je.


Kalau Cikgu tak masuk kelas atau masa relief ke, masa boring-boring selalu jugalah buat komik or lukis-lukis. Kadang-kadang lukis atas kertas, dan kadang-kadang saya lukis dalam laptop. Dan kemudian sumbitkan lukisan saya dalam akan deviantart saya. Sudi-sudilah melawat akaun dA saya ni >link< Hehe~

Kawan-kawan dan cikgu saya adalah cuba cadangkan, tak nak ke hantar dekat pihak Komik-M or Gempak Starz...


Cikgu yang mengajar seni di kelas saya, Cikgu apa eh namanya, aduyai setahun belajar kat sekolah dah ni tapi masih lupa nama Cikgu ini. Yeah saya agak pelupa sikit.



Mata bersinar bila dngr perkataan Usahawan tu. Wow~ Tapi saya adalah buat kerja sambilan skrg ni. Hehe, *tangan ke bahu mata ke atas* Saya buat keychain, kalau keychain teddy bear ke bunga ke RM3. Kalau keychain nama RM4. Alhamdulillah ramailah yang nak, kalau korang nak beli juga bolehlah PM facebook saya ya (Sempat lagi nak buat promote).

Tapi bila besar nanti nak jadi Doktor Haiwan *pewiiit~* Insya Allah. Tentang tawaran  kawan-kawan cuba hantar komik saya dekat pihak Komik-M tu saya cuba fikir baliklah. LOL. Lagipun saya nak improve lukisan saya ni. Bahagian mata, mulut, telinga,  hidung... oh... kalau saya buat apa-apa lukisan berkenaan manusia, saya memang tak letak hidung. Kenapa? Saje je.

Lagi pun saya masih pelajar, nak belajar dulu, PMR tahun depan je hah. Tak termasuk SPM lagi...  Disamping tu nak improvekan markah pelajaran saya  tu dulu. Terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Alhamdulillah meningkat, lagi sikit je Bahasa Melayu saya punya markah nak dapat A. Aduyai *flips table* Lagi pun saya 15-to-be.

Kalau contohnya, jadi pelukis komik dalam lingkuan umur pelajar, mesti kerja bertimbun, campur dengan kerja sekolah lagi, campur dengan nak jaga haiwan peliharaan saya ni lagi, campur dengan nak jaga suami... eh.. tersasul pula...  (●´∀`)Nanti kalau nak buat watak komik. Kena buat watak tu kelakar-kelakar. Kena 'menghidupkan' watak tu. Nanti mesti bos nak macam-macam, tensyen pula saya nanti. Haha..



Kalau saya melukis, inspirasi saya ialah Encik Fadhli. Pemilik kepada blog contengconteng.com.Saya memang suka gila dengan lukisan-lukisan beliau! Adoreable gilalah~ Blog dia pun awesome-awesome, teringin nak jadi mcm beliau *berangan* Saya dah beli 2 buku dari hasil beliau~


Dah beli dah~ Best sangat  ヾ( ゚∀゚)ノ゙  Buku ni menceritakan tentang Jimi.... nak tahu sila beli sendiri. Yang tak tahan lawak time Jimi bertukar dan 'membelasah' si Alif tu. Alahai comel je Jimi  o(≧▽≦)o♪  Boleh pula 'bertukar' dengan superpowernya ya.

So... Sampai disini sahajalah. Weee~ Tak sabarnya nak tunggu Boboiboy Episode baru Insya Allah 6 Disember ni  ヽ(`∀´)ノ  6 ke 7 eh, lupalah...